21 Jun 2016

Program Peningkatan Prestasi Akademik, Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 telah dilaksanakan di dataran gemilang SK Seri Permaisuri pada 21 Jun 2016. Program yang telah dirasmikan oleh En. Azwa bin Hj. Mansor (Guru Besar SKSP) ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 pada bulan mei yang lepas. 

Diharapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat memberi semangat dan motivasi kepada semua pelakar di SK Seri Permaisuri untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh supaya beroleh kejayaan yang cemerlang.


11 May 2016

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama Guru Aliran Tahun 6 SK Seri Permaisuri akan mengadakan Program Motivasi Tahun 6, Ceramah Keibubaoaan dan Majlis Akujanji Murid Tahun 6 / 2016.


Objektif utama taklimat ini untuk memberi motivasi agar murid lebih berkeyakinan dalam sesi pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan serta mewujudkan semangat kolaborasi di antara ibubapa dan guru untuk sama-sama memantau pembelajaran anak-anak, serta bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan para murid.

Penganjur berharap semua ibu bapa dan pelajar murid tahun 6 dapat menghadiri program yang danjurkan oleh PIBG bersama guru Tahun 6 ini.

Surat Siarat untuk program ini boleh dimuat turun disini.

Terima Kasih

7 Mar 2016

Unit Hal Ehwal Murid SK Seri Permaisuri telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2016. Majlis ini telah diadakan pada 29 Februari 2016 di Dataran Gemilang SK Seri Permaisuri.
Majlis yang dirasmikan oleh Sarjan Nor Azlina (Pegawai Perhubungan PDRM IPD Cheras) adalah untuk melantik dan memberi pengiktirafan kepada pemimpin muda SK Seri Permaisuri yang terdiri dari Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, PRS (Pembimbing Rakan Sebaya), Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah.

Majlis yag turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SK Seri Permaisuri, En. Muardi telah menyaksikan 150 orang ketua kelas, penolong ketua kelas, PRS, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas Sekolah dilantik. Diharapkan dengan pelantikan ini, Pemimpin Muda SKSP dapat mengalas tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin bagi memastikan SKSP terus cemerlang. 


4 Mar 2016

Pendaftaran Tahun 1 Sesi Persekolahan 2017 dan 2018 

kini telah dibuka.


26 Feb 2016




Kehadiran tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.













23 Feb 2016

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. 

















19 Feb 2016

Tuan/Puan yang dihormati.


Kelas tambahan tahun 6 akan bermula esok 20/2/2016 (Sabtu).


Semak jadual yang telah diedarkan dan pastikan kehadiran mereka.


Selamat Maju Jaya.





Selamat Maju Jaya




17 Feb 2016


Borang usul yang telah diedarkan hendaklah diserahkan pada 19 Februari 2016.

Sebarang usul yang disertakan tidak akan dibahaskan sekiranya pemberi usul tidak hadir ke mesyuarat ini.



5 Feb 2016



SEKOLAH AKAN BERCUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA DARI
6 FEBRUARI HINGGA 14 FEBRUARI 2016.

DENGAN INI PIHAK PIBG MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA.  

HATI-HATI KETIKA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN DAN SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI.

MURID-MURID KERJA RUMAH YANG DIBERI OLEH GURU JANGAN LUPA SIAPKAN.

SELAMAT BERCUTI.