8 Jan 2013

Soalan: Apa itu PBS?

Jawapan: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Lanjutan: http://www.moe.gov.my/lp/files/faq/faq-pbs_compile25082011.pdf

1 comment:

  1. Salam warga sk seri permaisuri..

    saya ibu pelajar di tahun 2 & 3 mengucapkan syabas dn terima kasih kepada guru darjah 3P3.. Puan Siti.. begitu prihatin memberi maklumat dan pesanan terus kepada ibubapa melalui telephone.. memastikan setiap pesanan itu sampai dengan tepat.. saya berharap setiap guru mencontohi guru ini yang berlapang dada berhubung sendiri dgn saya.. dengan komunikasi secara lansung ini dapat mengeratkan hubungan sekolah dan menyelesaikan masalah pelajar.. ada seseparuh guru di sekolah ini begitu risau dan berat untuk dihubungi melalui h/phone... setiap masalah melalui kerani pejabat yg belum tentu faham dgn masalah murid.. SYABAS & TERIMA KASIH PN SITI

    ReplyDelete