14 Mar 2014

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Sains dan Matematik SK Seri Permaisuri mengambil inisiatif melaksanakan Program “Minggu Sains dan Matematik”. Program ini disusun untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap Sains dan Matematik. Seterusnya membudayakan Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian. Oleh itu pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.
Objektif " Minggu Sains dan Matematik" diadakan adalah:
1.1      Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan  pemahaman murid terhadap Sains dan Matematik.
1.2       Menimbulkan minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
1.3       Menguji kemahiran dan pemahaman murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
1.4    Membudayakan Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian






0 comments:

Post a Comment