1 May 2013


Ujian Pencarian Bakat UKM1 (1 Feb - 31 Mei 2013)

Ujian UKM1 kini di buka. Ujian ini  dijalankan mulai 1 Februari hingga 31 Mei 2013. PERMATApintar Negara dengan ini mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti di bawah untuk mengambil ujian ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

MAKLUMAT UMUM

Ujian UKM1 merupakan Ujian Pencarian Bakat saringan pertama, dan dijalankan antara 1 Feb - 31 Mei 2013. Ujian ini akan digunakan untuk mengenalpasti calon-calon untuk program berikut;

1)    program PERMATA INSAN di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 
a.     Calon mestilah beragama Islam dan berumur 8 tahun pada tahun 2013.
b.     Sekiranya calon berjaya dalam ujian UKM1, calon perlu mengambil ujian UKM2 dan, sekiranya lulus, perlu menduduki ujian USIM-1.
c.     Keputusan ujian USIM-1 akan menentukan samada calon layak ditawarkan menyertai program PERMATA INSAN.

2)    program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM - Center for Talented Youth, Johns Hopkins University. 
a.     Calon perlulah berumur antara 9-15 tahun.
b.     Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan untuk mengambil ujian UKM2 yang akan berlangsung secara terkawal di pusat-pusat ujian seluruh negara antara bulan Julai - Sept 2013.
c.     Hanya calon yang lulus ujian UKM2 dengan cemerlang akan ditawarkan mengikuti program Perkhemahan Cuti Sekolah (PCS) PERMATApintar, UKM & CTY JHU 2013.
d.     Calon-calon yang disenarai-pendekkan untuk program PCS 2013 akan diberitahu samada melalui surat, emel atau telefon. Oleh itu calon wajib memberikan butiran yang tepat dan terkini semasa mengisi borang ujian UKM1. Calon-calon PCS 2013 yang berumur 14 dan 15 tahun akan diwajibkan menduduki ujian UKM3 yang akan menentukan samada mereka layak belajar di Pusat PERMATApintar Negara pada tahun 2014.

Tiada sebarang caj dikenakan untuk mengambil ujian UKM1 dan UKM2. Pihak PERMATApintar Negara, walau bagaimana pun, tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos sampingan seperti pengangkutan, bayaran akses internet dan sebagainya.

Keputusan ujian-ujian saringan di atas adalah muktamad. Pihak PERMATApintar Negara berhak untuk menolak keputusan mana-mana calon sekiranya calon, waris atau sesiapa sahaja bertindak bagi pihak calon, didapati memberikan maklumat palsu, memolehkan calon meniru atau atau melakukan sebarang tindakan yang boleh memberi kesan negatif terhadap ujian saringan yang dijalankan.



SYARAT-SYARAT UJIAN UKM1:
1.     Ujian UKM1 boleh diambil di mana sahaja tempat yang ada access internet, samada di sekolah atau di rumah.
2.     Calon mesti boleh membaca dan memahami arahan bertulis.
3.     Setiap calon mesti menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan jujur tanpa merujuk kepada sesiapa, atau apa juga bentuk bahan rujukan.
4.     Calon wajib memberikan maklumat yang tepat dan terkini semasa mengisi borang Ujian UKM1.

http://ukm1.permatapintar.edu.my

0 comments:

Post a Comment