5 Jul 2013

SKSP 2 Julai 2013 : Kejohanan Balapan dan Olahraga Ke-4 telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri. Walaupun tarikh tersebut merupakan hari bekerja kehadiran ibubapa sangat memberangsangkan. Oleh itu, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) serta sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

Tahniah kepada para atlet, peserta sukaneka, ibu bapa serta guru yang mengambil bahagian dan  meraih pingat kejohanan. Kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kerjaya.


MARKAH TERKUMPUL ANTARA RUMAH SUKAN 2013 BAGI KEJOHANAN BALAPAN DAN OLAHRAGA KE-4

618

 559

 533

 526

0 comments:

Post a Comment