11 Nov 2013

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung

9 November 2013 merupakan detik manis bagi penerima anugerah kecemerlangan. Majlis Anugerah Kecemerlangan telah dirasmikan oleh YDP PIBG En. Noor Azman Abu Bakar. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan menunjukkan peningkatan dalam setiap mata pelajaran serta berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kokurikulum. Semoga penganugerahan ini dapat meniupkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh kepada pelajar yang lain.

Menerusi penganugerahan Anugerah Tokoh Murid berikut diharap menjadi pemangkin dan modal insan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri:

Tokoh Kokurikulum : Muhammad Danial Bin Mohamad Zahir (6P3)
Tokoh Sahsiah: Wan Ariff Fikri (6P2)
Tokoh Akademik: Nur Nabila Binti Mohd Fauzi (6P1)
Tokoh Nilam : Nureen Damia Batrisya Binti Mohamad Saufi (4P3)
Tokoh Versatile: Nur Hazirah Hambali (6P3)

Kejayaan Elwin Raj A/L Paul Raj Vethamuthu memperolehi 5A semasa peperiksaan UPSR 2012 yang lalu membanggakan warga Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri. Pencapaian beliau yang cemerlang ini diharap mennyemarakan wawasan pelajar yang lain untuk berjaya dengan cemerlang. 


Dari kiri En. Aziz (Guru Besar), En. Azman (YDP  PIBG), dan Elvin Raj

1 comment: