20 Mar 2014

Persatuan Ibu bapa Dan Guru SK Seri Permaisuril telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-5 tahun 2014 pada 15 Mac 2014 di Dewan SK Seri Permaisuri dari jam 8.00pg hingga 12.00 tgh.
Pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran pada ibu bapa serta waris ke mesyuarat ini bagi sama-sama mendengar pembentangan minit dan belanjawan akaun pibg bagi tahun 2013. Selain itu, mesyuarat juga akan menjalankan sesi perlantikan AJK yang baru baru tahun 2014/2015 dan seterusnya membincangkan usul-usul yang telah dibangkitkan dalam borang usul yang telah diedarkan kepada ibu bapa 1 bulan yang lalu.
Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada calon UPSR 2013yang telah mendapat semua A dalam UPSR 2013. Seterusnya majlis diteruskan dengan agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5.
Terima kasih kepada semua ibu bapa / waris yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG SKSP kali ke-5 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang telah dilantik secara sebulat suara bagi mewakili para ibu bapa serta guru SKSP.

0 comments:

Post a Comment