6 Mar 2015

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

SKSP 4 Mac 2015 - Mantan Tuan Guru Besar Encik Abdul Aziz Bin Mohd Said telah diraikan dalam Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi bagi mengenang jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan beliau di sini selama 5 tahun. Semenjak dari 16 Oktober 2009 selaku “Caretaker” kemudian menjadi seorang guru besar pada tahun 2010 pelbagai usaha ditaburkan  demi kemenjadian pelajar dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar yang cemerlang.

Majlis dihadiri oleh ahli jawatankuasa PIBG, guru, kakitangan tadbir, orang perseorangan dan para pelajar. Bakti Disanjung, Budi Dijunjung hasil nukilan Puan Shahida Binti Ab. Hamid telah deklamasikan mencuit rasa pilu di hati para hadirin. Di hari terakhir ini, Encik Abdul Aziz Bin Mohd Said berkesempatan menyampaikan pesanan agar guru serta pelajar SKSP hendaklah rajin serta berusaha mengejar kejayaan dan berkongsi kata-kata daripada abang beliau “Aku berjaya kerana kerajinanku dan kamu berjaya kerana kepandaianmu”.

Kini Dewan Terbuka SKSP dikenali sebagai Dewan Abdul Aziz sebagai tanda penghargaan beliau terhadap Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri. Acara disusuli sesi bersalaman, penyampaian hadiah kenangan dan sesi bergambar. Penutup majlis diiringi kejutan khas untuk beliau menerusi jemputan artis undangan Misha Omar.

Terima kasih Mantan Tuan Guru Besar Encik Abdul Aziz Bin Mohd Said.


0 comments:

Post a Comment