19 Mar 2015

SKSP 7 Mac 2015- Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke 6 telah dirasmikan oleh NYDP PIBG En. Muardi Bin Andul Razak di Dewan Abdul Aziz. Beliau diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri En. Azwa Hj Mansor, barisan guru penolong kanan (GPK) dan jawatankuasa PIBG sesi 2014/2015.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’, bacaan doa oleh Ustaz Amzan seterusnya ucapan daripada En. Azwa Hj Mansor selaku penasihat PIBG SKSP. Selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025  taklimat ringkas Sarana Ibu Bapa diberikan oleh Jurulatih Sarana JPWPKL Cr. Indran a/l Subrumaniam juga AJK Biro Akademik . Kemudian disusuli dengan penyampaian cenderahati dan sijil. Tepat 10.00 pagi Mesyuarat Agung PIBG kali ke 6 Sesi 2015/2016 bermula.

“Anda ibu bapa hebat” itulah ungkapan yang dititipan semasa mesyuarat agong. Pihak PIBG dan sekolah amat berharap agar pada masa akan datang lebih ramai yang akan hadir demi kemenjadian pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Setinggi penghargaan diberikan kepada barisan jawatakuasa PIBG sesi 2014/2015 atas perkhidmatan dan sumbangan mereka. 

Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2015/2016 yang telah dipilih semasa mesyuarat:

Penasihat : Encik Azwa Hj Mansor (Guru Besar)
Penolong Penasihat : Puan Khatijah binti Maulud (GPK Tadbir & Kurikulum)
: Encik Mohd Izuddin Shah bin Abdullah (GPK Hal Ehwal Murid)
: Encik Mohd Fauzli bin AB Latif (GPK Kokurikulum)
: Encik Solehan bin Nazan (GPK Pendidikan Khas)
Yang Dipertua : Encik Muardi bin Abdul Rahim
Naib Yang Dipertua : Encik Abdul Hakim bin Abdullah
Setiausaha Kehormat : Encik Mohd Hafzanizam bin Sidik
Naib Setiausaha Kehormat : Cik Nazneen binti Abd Halim
Bendahari Kehormat : Puan Nurul Husna bt Abdullah
AJK Ibu Bapa / Penjaga : Cr Indran a/l Subrumanian
: Puan Syusilawati bt Syofianis
: Puan Fazilah bt Maarof
: Puan Mimi Ruhaida bt Mohamed
: Puan Zakiroh bt Hitam @ Yusoffh
: Encik Mohd Padri bin Mamat
AJK Guru : Encik Mohd Shahriful Hisham bin Ibrahim
: E2. Encik Najmuddin bin Abdul Hir
: Puan Sharifah bt Osman
: Cik Nurul Sakinah bt Mansor
: Puan Nur Hanis bt Zubair
Juru audit : Puan Noor Aisah bt Abdullah (Ibu bapa /Penjaga)
: Puan Sutha a.p Nyanachendram (Guru)

0 comments:

Post a Comment