14 Sept 2015

Dalam tempoh 6 bulan ini PIBG SKSP giat merangka dan melaksanakan pelbagai aktiviti bagi membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid. Sokongan tuan/puan khasnya dari kalangan ibu bapa melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa amat dihargai. Untuk aktiviti akan datang PIBG mengharapkan lebih penglibatan daripada semua pihak.

Bagi menghargai sumbangan, peranan dan pengorbanan guru, PIBG telah meraikan mereka dengan julung kalinya menguruskan sambutan Hari Guru 2015 pada 29 Mei 2015. Bersama-sama Kumpulan Sokongan Ibu Bapa ia berjaya direalisasikan.


Barisan Guru Yang Dirai

PIBG dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

Penglibatan Murid Dalam Meraikan Majlis

Suapan Kasih

PIBG juga telah mengadakan Perkampungan UPSR untuk murid tahun 6 dari 14 hingga 16 Ogos 2015. Semasa sesi perkampungan ini pelbagai program telah diadakan antaranya klinik-klinik matapelajaran teras dan slot motivasi dalam program "Mohon Restu" dengan kehadiran ibu bapa.

Peserta Perkampungan UPSR

Sesi Taklimat

Fun Games
Riadah

Kini PIBG sedang mengorak langkah untuk pencapaian jangka panjang bagi membantu murid di tahun 4 dan 5 yang akan menduduki UPSR pada masa akan datang. Oleh itu, Dialog Akademik atau Majlis Diskusi Pendidikan Tahun 4 dan 5 telah diadakan pada 12 September 2015 dengan kehadiran pentadbiran sekolah, guru dan ibu bapa.

Taklimat Daripada Tuan Guru Besar 

Barisan Guru

Barisan Ibu Bapa

Kenangan Bersama Pentadbir, Guru & PIBG

0 comments:

Post a Comment