26 Oct 2015



Sukacita dimaklumkan pihak sekolah SK Seri Permaisuri dengan kerjasama BSN akan menganjurkan ๐ŸŽ‰BSN School Carnival @ SK Seri Permaisuri๐ŸŽ‰ pada 14 November 2015. Oleh itu kami menjemput peniaga-peniaga  yang berminat untuk turut sama memeriahkan karnival tersebut.
Berikut adalah maklumat proses permohonan gerai :

๐ŸŽ‰26/10 (Isnin) - Permohonan gerai mula dibuka bermula jam 8.00pg (selama lima hari) borang boleh didapati di pejabat sekolah.

๐ŸŽ‰30/10 (Jumaat) - Tarikh tutup pada 4.00 ptg.

๐ŸŽ‰2/11 (Isnin) - Keputusan di maklumkan melalui :

1. Notis papan kenyataan PIBG (pintu masuk pejalan kaki sekolah).
2. Aplikasi WhatsApp.
3. Telefon ke pejabat sekolah.

๐ŸŽ‰ 9/11 (Isnin) bermula 8.00pg - 12.00tgh hari -  pendaftaran, pembayaran sewa, sesi taklimat dan pemberian pas kenderaan.

Permohonan adalah tertakluk pada terma dan syarat (dikepilkan bersama borang permohonan gerai).

Semoga penyertaan anda akan memeriahkan karnival SKSP!

Download Borang dan Syarat Tapak BSN School Carnival @ SK Seri Permaisuri :

  1. Borang Tapak BSN School Carnival @ SK Seri Permaisuri Pada 14/11/2015
  2. Syarat Tapak BSN School Carnival @ SK Seri Permaisuri Pada 14/11/2015



0 comments:

Post a Comment