21 Jan 2018


Permulaan baru bagi sesi 2018 dimulakan dengan Program Orientasi untuk murid-murid tahun 1. Program ini diadakan selama lebih kurang tiga minggu. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Sk Seri Permaisuri iaitu En. Nadzaruddin Bin Kassim. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga minggu tersebut. Tujuannya ialah untuk membiasakan murid-murid tahun satu dengan persekitaran dan aktiviti pembelajaran di sekolah. Minggu Orientasi ini berakhir pada 19 Januari 2018. Syabas diucapkan kepada guru-guru dan ibu bapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tahunan ini.
Program Senamrobik

PDPC menggunakan modul transisi.

Latihan sukaneka.
Sesi bergambar dengan guru kelas.

0 comments:

Post a Comment